Dua daripada empat dalang utama yang menyebabkan rusuhan sebelum berlakunya insiden 528 tahanan lolos daripada depot imigresen sementara Relau, pada Rabu berjaya ditahan malam Khamis.<br /><br />Menurut Ketua Polis Kedah, Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad penahanan dua lelaki berusia 30 dan 34 tahun itu dibuat di kawasan pencarian sekitar depot tahanan berkenaan.<br /><br />Tambahnya, dua lagi dalang berusia 21 dan 44 tahun yang masih lagi bebas kini diburu pihak polis bersama 86 tahanan lolos yang lain.